Program NADI Wellbeing Bersama Tabika KEMAS Bunga Kaktus 2

11 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

10 Januari 2025, Jumaat - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Program NADI Wellbeing Bersama KEMAS Kaktus 2. Program ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Program ini telah dijalankan di NADI Presint 9 Fasa 3. Seramai 16 orang pelajar yang terdiri daripada 5 orang pelajar perempuan dan 11 orang pelajar lelaki telah menyertai program ini. Program ini juga turut dibantu 1 orang guru tabika KEMAS. Program ini telah dijalankan selama 1 jam yang bermula pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 10.30 pagi.

Aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada NADI Wellbeing. Menerangkan kepada adik-adik Tabika tentang pentingnya menjaga kesihatan dan menjaga polar pemakanan.Selain itu, adik-adik tabika juga membuat pemeriksaan BMI mereka. Pemeriksaan BMI ini dibuat oleh Pengurus NADI Presint 9 Fasa 3. Kelas diakhiri dengan sesi membuat selingan video khas Klik Dengan Bijak dari youtube iaitu Cybergrooming dan Cyberbullying.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas